Page 47 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 47
2.3.2 Ujian qPCR Denggi
Ujian qPCR Denggi dijalankan untuk sampel Program Dengue Virus Serotype Surveillance
(DVSS) dan sampel diagnostik untuk kes severe dan mortaliti. Sebanyak 115 ujian qPCR
denggi diagnostik telah dijalankan, didapati 50.4% (58 sampel) dikesan positif pada tahun
2018 berbanding 44.8% pada tahun 2017. Pada tahun 2018, denggi serotype didominasi oleh
DENV-2 iaitu sebanyak 58.6% dan diikuti dengan DENV-3 sebanyak 32.8% .
90
80
70
60
Bilangan Sampel 50
40
30
20
10
0
DENV-1 DENV-2 DENV-3 DENV-4 NOT DETECTED
2017 30 16 23 0 85
2018 4 34 19 1 57
Keputusan Ujian
Rajah 9 : Keputusan Ujian qPCR Denggi Bagi Sampel Diagnostik
Bagi Program DVSS sebanyak 514 sampel denggi telah diterima daripada sentinel site di
Negeri Kelantan dan Terengganu. Sentinel site yang terlibat di dalam program DVSS adalah:
i. Hospital Raja Perempuan Zainab II
ii. Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu
iii. Klinik Kesihatan Bandar Wakaf Bharu
iv. Hospital Sultanah Nur Zahirah
v. Hospital Besut
Secara keseluruhannya, 82% sampel telah dikesan positif. Sirkulasi denggi serotype bagi
kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu didominasi oleh serotype 2 dan diikuti dengan
serotype 3, serotype 1 dan serotype 4.
34 LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018