Page 57 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 57

2.4.3  Pemeriksaan Semula Slaid Filaria



               Sebanyak 1048 keping slaid iaitu 10% dari jumlah kutipan di pusat mikroskopi telah dihantar
               ke Makmal Parasitologi bagi menjalani pemeriksaan semula slaid dan didapati semua negatif.
               Manakala lima (5) slaid positif yang dihantar telah disahkan betul iaitu tiga (3) slaid W.Bancrofti

               dan dua (2) slaid B.malayi (Jadual 28).

                       Jadual 28 : Pemeriksaan semula slaid Filaria tahun 2017 dan 2018



                           Tahun / Perkara                       2017                     2018

                 Bilangan kutipan di Pusat Mikroskopi            2088                     10498
                 10% Bilangan rechecking Negatif                 269                      1048
                 100% Bilangan rechecking Positif                 2                     5 (0.47%)

                 Pecahan spesis                         W.Bancrofti  -1 (50%)     W.Bancrofti  -3 (60%)
                                                          B.malayi - 1 (50%)        B.malayi - 2 (40%)



               2.4.4  Program EQA-PT Pusat Mikroskopi


               Program EQA-PT Malaria telah diadakan bermula tahun 2017 bagi memenuhi kualiti bacaan

               BFMP dari semua Pusat Mikroskopi (PM) sejajar dengan program Plan Strategik Eliminasi
               Malaria Kebangsaan (PSEMK). Program ini dijalankan dua (2) kali setahun yang mana 5
               keping slaid BFMP yang telah dicelupkan dengan staining Giemsa akan diedarkan kepada 70

               buah PM Malaria yang terlibat, iaitu 10 buah makmal di hospital, 59 buah makmal di klinik
               kesihatan dan sebuah makmal vektor di Gua Musang.


               Objektif utama program EQA-PT Malaria adalah untuk memantau kawalan kualiti di PM dari
               segi kepakaran (proficiency) dalam pembacaan slaid BFMP. Antara kriteria program kawalan
               kualiti mikroskopi malaria ini adalah merangkumi:


               1.  Sensitiviti  :  Kebolehan  mikroskopis  mengesan  kehadiran  Parasit  dan  memberikan
               keputusan positif atau negatif (Tiada keputusan false positive dan false negative).

               2.  Spesifisiti : Kebolehan mikroskopis menentukan spesis parasit dengan tepat.


               3.  Kuantifikasi  :  Kebolehan  mengira  dan  menentukan  densiti  parasit  dengan  baik  dalam
               anggaran ± 50%.


               4.  Gametosit : Kebolehan mikroskopis mengesan dan melaporkan gametosit parasit.









          44  LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62