Page 62 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 62
2.4.3 Pemeriksaan Semula Slaid Filaria
Sebanyak 1098 keping slaid iaitu 10% dari jumlah kutipan di pusat mikroskopi telah
dihantar ke Makmal Parasitologi bagi menjalani pemeriksaan semula slaid dan didapati
semua negatif. Manakala dua (2) slaid positif yang dihantar telah disahkan betul iaitu
kedua-dia slaid tersebut adalah W.Bancrofti (Jadual 23)
Jadual 23 : Pemeriksaan semula slaid Filaria tahun 2018 dan 2019
Tahun / Perkara 2018 2019
Bilangan kutipan di Pusat 10498 10925
Mikroskopi
10% Bilangan rechecking Negatif 1048 1098
100% Bilangan rechecking Positif 5 (0.47%) 2 (0.19%)
W.Bancrofti -3 (60%) W.Bancrofti -2 (100%)
Pecahan spesis
B.malayi - 2 (40%)
2.4.4 Program EQA-PT PusatMikroskopi
Program EQA-PT Malaria telah diadakan bermula tahun 2017 bagi memenuhi kualiti
bacaan BFMP dari semua Pusat Mikroskopi (PM) sejajar dengan program Plan Strategik
Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK). Program ini dijalankan dua (2) kali setahun
yang mana 5 keping slaid BFMP yang telah dicelupkan dengan staining Giemsa akan
diedarkan kepada 72 buah PM Malaria yang terlibat, iaitu 10 buah makmal di hospital, 61
buah makmal di klinik kesihatan dan sebuah makmal vektor di Gua Musang.
Objektif utama program EQA-PT Malaria adalah untuk memantau kawalan kualiti di PM
dari segi kepakaran (proficiency) dalam pembacaan slaid BFMP. Antara kriteria program
kawalan kualiti mikroskopi malaria ini adalah merangkumi:
1. Sensitiviti : Kebolehan mikroskopis mengesan kehadiran Parasit dan memberikan
keputusan positif atau negatif (Tiada keputusan false positive dan false negative).
2. Spesifisiti : Kebolehan mikroskopis menentukan spesis parasit dengan tepat.
3. Kuantifikasi : Kebolehan mengira dan menentukan densiti parasit dengan baik dalam
anggaran ± 50%.
4. Gametosit : Kebolehan mikroskopis mengesan dan melaporkan gametosit parasit.
49