Page 68 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 68
2.6.1 Ujian Cholinesterase
Cholinesterase merupakan enzim yang penting dalam mekanisma penghantaran transmisi
impuls saraf. Racun perosak (organofosfat) yang digunakan semasa penyemburan kabus
(fogging) dapat merencat aktiviti Cholinesterase. Ujian Cholinesterase telah mula ditawarkan
pada April tahun 2014 dalam usaha memantapkan Program Pemantauan Paras Enzim
Cholinesterase di Kalangan Foggers di Negeri Kelantan dan Terengganu. Program ini meliputi
ujian penentuan individual baseline dan diikuti dengan periodic testing bagi setiap foggers.
Sebanyak 551 spesimen darah telah diterima bagi tujuan tersebut sehingga akhir 2019.
2.6.2 Ujian Urine Iodine Deficiency Disorder (IDD)
Ujian pemantauan paras iodin dalam urin telah mula ditawarkan pada bulan Jun 2014. Pada
tahun 2019, hanya sebanyak 26 sampel urin kanak-kanak sekolah yang melibatkan Pejabat
Kesihatan Daerah Kota Bharu, Kelantan telah diterima. Keputusan analisis ujian adalah seperti
dalam Jadual 29.
Jadual 29 : Rumusan Ujian IDD 2019
Median Iodine
Urinary Intake Kelantan %
Iodine
< 20 Insufficient 1.0 4%
20 - 49 Insufficient 4.0 15%
50 - 99 Insufficient 11.0 42%
100 - 199 Adequate 9.0 35%
Above
200 - 299 1.0 4%
Requirement
> 300 Excessive 0.0 0%
Total 26.0 100%
55