Page 76 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 76
3.0 MAKMAL MAKANAN
Seksyen Makanan MKAKB telah memulakan operasi sejak tahun 2011. Peranan Seksyen
Makanan ialah menganalisa sampel makanan bagi memastikan keselamatan dan melindungi
orang awam daripada bahaya makanan. Seksyen Makanan terbahagi kepada :
1. Makmal Mikrobiologi
i. Unit Mikrobiologi
ii. Unit Molekular
2. Makmal Kimia
i. Unit Residu Racun Perosak
ii. Unit Kontaminan Dan Pencemaran Semulajadi
Pelanggan Seksyen Makanan terdiri daripada sepuluh (10) Pejabat Kesihatan Daerah seluruh
Negeri Kelantan, Pintu Masuk/Pelabuhan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu. Seksyen Makanan turut menerima sampel subkontrak seperti analisis residu
racun perosak (pesticide) daripada Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM)
Kelantan.
Pendaftaran Juruanalisis Makanan merupakan keperluan yang diperuntukkan dalam Akta
Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013. Seramai
empat (4) orang Pegawai Teknologi Makanan telah diluluskan sebagai Juruanalisis Makanan
Berdaftar dan Approved Signatories di bawah SAMM MS ISO/IEC 17025:2017.
3.1 Makmal Mikrobiologi
3.1 .1 Unit Mikrobiologi Makanan
Unit Mikrobiologi Makanan menjalankan aktiviti penganalisaan bagi sampel penyakit bawaan
air dan makanan terutama keracunan makanan dan typhoid, arahan semasa krisis dan
pemantauan negeri seperti Projek Pemantauan Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar
(BAKAS). Pada tahun 2019, sebanyak 559 sampel yang merangkumi 2353 parameter telah
dianalisis. Sebanyak 34% daripada sampel adalah dari sampel keracunan makanan, 65% dari
kategori lain-lain penyakit bawaan makanan dan air dan 1% dari kategori pre-market approval.
Laboratory Turn Around Time (LTAT) Unit Mikrobiologi Makanan adalah 7 hari dan
pencapaian LTAT tahun 2019 bagi unit mikrobiologi ialah 100%.
Kaedah – kaedah analisis dan senarai parameter yang ditawarkan oleh Unit Mikrobiologi
Makanan adalah seperti di Jadual 30.
62