Page 4 - PELAN TINDAKAN KECEMASAN, KEBAKARAN DAN BENCANA MKAKB
P. 4

P E L A N   T I N D A K A N   K E C E M A S A N ,   K E B A K A R A N   D A N   B E N C A N A   M K A K B



                                 STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)
                       PELAN TINDAKAN KECEMASAN, KEBAKARAN DAN BENCANA

                            MAKMAL KESIHATAN AWAM KOTA BHARU (MKAKB)




               A. PENDAHULUAN

               Kebakaran/  bencana  adalah  satu  malapetaka  yang  boleh  mengakibatkan  kerosakan,
               kecacatan, kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Mangsa kebakaran dan bencana
               pada  umumnya  terperangkap  disebabkan  masalah  laluan  atau  tiada  pelan  tindakan  yang
               sistematik dan tersusun yang memungkinkan mangsa menyelamatkan diri.


               B.  OBJEKTIF

               Standard Operating Procedures (SOP) - Pelan Tindakan Kecemasan, Kebakaran dan Bencana
               ini disediakan adalah untuk:



                   i.  Mengurangkan  kesan  kecemasan  dan  mengelakkan  kemalangan  jiwa  terhadap
                       anggota akibat daripada kebakaran dan bencana yang terjadi.
                   ii.  Mencegah dan mengurangkan kerosakan harta benda jabatan akibat daripada insiden
                       kebakaran dan bencana yang terjadi.
                   iii.  Mengadakan pelan sistematik dan berkesan bagi memastikan anggota mengungsikan
                       bangunan     apabila    berlakunya    keadaan     kecemasan      akibat   daripada
                       kebakaran/bencana dengan segera dan teratur.



               C.   PENGGUNAAN DAN SKOP SOP


               Penggunaan SOP ini adalah merangkumi semua kakitangan dan warga kerja yang bertugas di
               dalam bangunan MKAKB iaitu:

                  i. Pegawai dan staf yang bertugas
                 ii. Kakitangan Support Service (Adwaa Resources)
                 iii. Kakitangan Kawalan Keselamatan

                 iv. Pelanggan
                 v. Pelawat

               SOP ini juga mesti digunakan bagi menentukan  pelan tindakan kecemasan, kebakaran dan
               bencana  dilaksanakan  secara  seragam,  terancang  dan  memenuhi  segala  prosedur

               keselamatan jika berlaku sesuatu kecemasan di bangunan MKAKB.



                                                                                                                 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9