Page 82 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 82

1.  LATIHAN SMEAR DAN MIKROSKOPIK ACID FAST BACILLI (AFB)

                            Unit  Mikobakteriologi  menyediakan  latihan  yang  memberi  fokus  kepada
                            pemeriksaan mikroskopik bagi smear AFB menggunakan teknik Fluorescence
                            dan Ziehl Neelson.

                              1.1 OBJEKTIF

                                 a.  Memberikan     pendedahan     secara   teori   pemeriksaan    AFB
                                     menggunakan  teknik  fluorescence  (FM)  dan  teknik  Ziehl-Neelsen
                                     (ZN) mengikut piawaian WHO/IAUTLD.
                                 b.  Memantapkan  kemahiran  dalam  penyediaan  Direct  Sputum  Smear
                                     Microscopy (DSSM) for AFB yang berkualiti dan memenuhi standard
                                     WHO.
                                 c.  Memantapkan  kemahiran  praktikal  dalam  teknik  pemeriksaan
                                     mikroskopik AFB menggunakan teknik fluorescence (FM) dan teknik
                                     Ziehl-Neelsen (ZN).
                                 d.  Memberi  pendedahan  tentang        teknik-teknik  standard  serta
                                     kepentingan  kawalan  kualiti  dalam  pendiagnosan  TB  bagi
                                     meningkatkan mutu kerja.
                                 e.  Memantapkan kaedah pelaporan keputusan smear AFB dan program
                                     kawalan kualiti TB di pusat mikroskopik.

                              1.2 KUMPULAN SASARAN

                                 a.  Juruteknologi Makmal Perubatan
                                 b.  Penyelaras TB Daerah
                                 c.  Penolong Pegawai Sains

                                 d.  Pengelola TB Negeri
                                 e.  Pegawai Sains

                                 Latihan  diutamakan  kepada  peserta  yang  tidak  pernah menghadiri latihan
                                 mikroskopik smear  AFB di mana-mana institusi ataupun tempoh  menghadiri
                                 latihan telah melebihi 2 tahun.

                              1.3 KAEDAH PENGAJARAN DAN AKTIVITI LATIHAN

                                 a.  Pembentangan  untuk  membolehkan  peserta  mendapatkan  pengetahuan
                                     melalui interaksi dua hala.
                                 b.  Demonstrasi  bagi  membolehkan  peserta  mendalami  teknik  dan  prosedur
                                     sebelum melakukan sendiri praktikal.
                                 c.  Hands-on  /  latihan  praktikal  bagi  mendedahkan  peserta  kepada  setiap
                                     langkah yang terlibat dalam penyediaan smear AFB.
                                 d.  Latihan berkumpulan.

                                 e.  Penilaian  individu  bagi  mengetahui  tahap  pencapaian  dan  kecekapan
                                     peserta.


        Buku Panduan MKAKB                                                                                51
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87