Page 84 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 84
2. LATIHAN MIKROSKOPIK MALARIA
2.1 PENGENALAN
Unit Parasitologi menyediakan latihan mikroskopik malaria selari dengan program
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pelan Strategik Eliminasi Malaria
Kebangsaan (PSEMK) 2011-2020, yang berperanan dalam pendiagnosan malaria
berdasarkan standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
2.2 OBJEKTIF
a. Memberikan pendedahan secara teori dan kemahiran dalam penyediaan slaid
darah tebal dan nipis Blood Film Malaria Parasite (BFMP) selari dengan
standard WHO.
b. Memastikan setiap mikroskopis kompeten dalam membaca slaid BFMP.
c. Menilai ketepatan dan kejituan keputusan BFMP yang dibuat oleh mikroskopis.
d. Memantapkan kaedah pelaporan keputusan BFMP dan program kawalan
kualiti malaria di pusat mikroskopik.
2.3 KUMPULAN SASARAN
a. Juruteknologi Makmal Perubatan .
b. Pegawai Sains (Mikrobiologi).
2.4 AKTIVITI LATIHAN
a. Ceramah dan hands on penyediaan slaid.
b. Pembacaan slaid dan perbincangan.
c. Ujian pra dan pasca.
2.5 SIJIL PENYERTAAN
Peserta akan diberi sijil penyertaan manakala pencapaian penilaian kompetensi
dibentang di akhir latihan.
2.6 KOMPETENSI
Peserta akan dinilai kompetensinya secara berterusan melalui:
a. Menyemak semula penilaian selepas 3 - 6 bulan latihan.
b. External Quality Assurance (EQA) Proficiency Testing, 2 kitaran / tahun.
2.7 LATIHAN LAPORAN
Laporan latihan akan diedarkan kepada:
a. Ketua Unit Parasitologi , Makmal kesihatan Awam Kebangsaan.
b. Ketua Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Buku Panduan MKAKB 53