Page 12 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 12
Objektif Am
MKAKB berperanan menyediakan perkhidmatan makmal sebagai sebahagian daripada
komponen pengawasan dan pemantauan penyakit serta pengawasan kualiti dan keselamatan
makanan. MKAKB juga menuju ke arah menjadi makmal rujukan bagi seluruh Negeri
Kelantan selaras dengan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif Khusus
• Menyediakan perkhidmatan makmal bagi penganalisaan kepada aktiviti-aktiviti di
bawah Program Kesihatan Awam.
• Memantau kualiti perkhidmatan makmal di pusat mikroskopik terutama di klinik
kesihatan.
• Memperkukuh sistem surveilan terutama bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit
di negeri Kelantan.
• Menyediakan pengawasan epidemiologi untuk membantu Program Kesihatan Awam
di peringkat Kebangsaan, Zon , Negeri dan Daerah.
• Meningkatkan kompetensi pegawai dalam membuat ujian makmal.
Aktiviti Utama Yang Dijalankan Oleh MKAKB
• Ujian makmal untuk diagnostik dan pemantauan.
• Pemantauan ujian makmal yang dijalankan di klinik kesihatan (EQA dan QA).
• Lawatan penyeliaan aktiviti yang dijalankan oleh makmal di klinik kesihatan.
• Latihan untuk anggota makmal di klinik kesihatan peringkat Negeri dan Zon Timur.
Fokus Aktiviti 2019
• Pemantapan Pendiagnosan Malaria di Pusat Mikroskopik Negeri Kelantan.
• Pemantapan Pendiagnosan Tibi di Pusat Mikroskopik Negeri Kelantan.
• Pemantauan Kualiti Ujian Bilirubin yang Menggunakan Bilirubinometer di Makmal
Klinik Kesihatan.
• Lawatan Penyeliaan Perkhidmatan Makmal di Klinik Kesihatan.
• Pelan Strategik MySED II- Focus Area Laboratory.
- Melibatkan Tindakan Negeri Dan Daerah.
LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018 xi