Page 16 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 16
1.0 Pengenalan
Seksyen pengurusan MKAKB merupakan bahagian yang menyokong perkhidmatan MKAKB
dan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, tenaga manusia, pentadbiran makmal,
latihan dan perkembangan kerjaya anggota. Terdapat lima (5) unit di Seksyen Pengurusan
iaitu:
i. Unit Kualiti.
ii. Unit Teknologi Maklumat (IT).
iii. Unit Kejuruteraan Dan Operasi.
iv. Unit Kewangan & Perolehan.
v. Unit Pentadbiran.
1.1 Jawatankuasa Dan Mesyuarat
Pelbagai jawatankuasa telah diwujudkan di MKAKB bagi memastikan pengurusan jabatan
dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Berikut adalah jawatankuasa yang telah
diwujudkan:
i. Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
ii. Jawatankuasa Pengurusan Stor Kerajaan.
iii. Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
iv. Jawatankuasa Perkhidmatan Sokongan Hospital (ADWAA Resources).
v. Jawatankuasa Laporan Tahunan / Buku Panduan dan lain-lain.
Mesyuarat rutin yang dijalankan di MKAKB adalah :
i. Mesyuarat Pengurusan.
ii. Mesyuarat Teknikal.
iii. Mesyuarat Ketua Seksyen / Ketua Unit.
iv. Mesyuarat Perkhidmatan Sokongan Hospital.
v. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
vi. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ISO/IEC 17025.
vii. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ISO/IEC 15189.
LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018 3