Page 30 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 30
2.0 Pengenalan
Seksyen Penyakit MKAKB terdiri dari enam (6) makmal iaitu Makmal Bakteriologi, Makmal
Molekular, Makmal Immunologi/Serologi, Makmal Biokimia, Makmal Mikobakteriologi dan
Makmal Parasitologi. Skop perkhidmatan yang dijalankan ialah penyiasatan ujian makmal,
penyiasatan kontek, surveilan dan wabak serta pelbagai program kawalan penyakit berjangkit
dan tidak berjangkit yang melibatkan kesihatan awam diperingkat negeri dan kebangsaan.
Spesimen yang diterima adalah dari klinik-klinik kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah dan
Hospital-hospital di negeri Kelantan serta terdapat beberapa ujian yang melibatkan negeri
Terengganu.
Seksyen Penyakit juga menyedia dan memantau Program kualiti Panel Testing (PT) TB dan
PT Malaria. Program kualiti PT-TB melibatkan semua Pusat Mikroskopik Negeri Kelantan dan
Terengganu manakala bagi program kualiti PT-Malaria melibatkan Pusat Mikroskopik di
Kelantan sahaja.
Semakan semula (rechecking) slaid AFB dan BFMP turut dijalankan yang melibatkan semua
Pusat Mikroskopik di negeri Kelantan.
Bilangan Sampel Seksyen Penyakit Tahun 2017 Dan 2018
Sebanyak 79,881 sampel yang diterima pada tahun 2018 di mana peningkatan sebanyak
18.9% berbanding tahun 2017.
Jadual 11 : Jumlah sampel yang diterima di Seksyen Penyakit
Tahun 2017-2018
Makmal 2017 2018
Bakteriologi 25679 28775
Mikobakteriologi 20598 21651
Molekular 3086 2668
Serologi 6624 6614
Biokimia 2895 10800
Parasitologi 8297 9373
TOTAL 67179 79881
LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018 17