Page 33 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 33
2.1 Makmal Bakteriologi
2.1.1 Skop Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Makmal Bakteriologi bertanggungjawab dalam menjalankan analisis pengenalpastian
pathogen penyebab penyakit berjangkit daripada jangkitan bakteria melalui kaedah Gold
Standard kultur dan sensitiviti. Ujian-ujian yang dijalankan di Makmal Bakteriologi adalah
seperti berikut :
1. Ujian Cultural & Sensitivity Testing sampel urin, stool, sputum, high / low vaginal
swab (HVS / LVS), stool (najis), pus / swab mata dan telinga.
2. Ujian Pengesahan Leptospirosis (MAT).
3. Ujian Leptospirosis (sampel environment / persekitaran).
4. Ujian Melioidosis (sampel environment / persekitaran).
5. Menyediakan perkhidmatan latihan attachment kepada anggota dari Klinik-klinik
Kesihatan.
Bagi tahun 2018 sebanyak 28775 sampel diterima iaitu peningkatan sebanyak 12% dari tahun
2017. Manakala penolakan sampel ialah sebanyak 288 iaitu 1% daripada jumlah sampel yang
diterima.
20 LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018