Page 5 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 5
ALUAN
PENGARAH JKNK
Salam Sejahtera,
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada
Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu (MKAKB) yang berupaya
menghasilkan buku laporan tahunan 2018. Bagi pihak Jabatan
Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), saya amat menghargai dan
berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi penggerak dalam
menyediakan laporan ini.
Laporan tahunan ini mengandungi pencapaian aktiviti dan Perkhidmatan analisa yang
dijalankan di MKAKB khususnya pada tahun 2018. Saya berharap maklumat yang
terkandung di dalam laporan ini akan dijadikan rujukan oleh semua stakeholder.
Saya yakin, pihak pengurusan MKAKB berusaha dalam menjayakan halatuju perkhidmatan
kesihatan yang terancang sebagai usaha untuk meningkatkan nilai perkhidmatan MKAKB
agar menjadi lebih berkualiti, responsif serta mampan kepada keperluan stakeholder yang
lain.
Saya berharap pihak MKAKB dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang erat serta rangkaian
kerja yang mantap dengan pelanggan-pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dalam
menghasilkan sebuah organisasi yang cemerlang, berprestasi dan berintegriti tinggi.
“PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA
KERJA KITA”
DR. ZAINI BIN HUSSIN
Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
iv LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018