Page 6 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 6
ALUAN
TIMBALAN PENGARAH JKNK
Salam Sejahtera,
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Makmal
Kesihatan Awam Kota Bharu (MKAKB) yang telah terlibat secara
langsung atau tidak dalam menggembleng tenaga menyediakan
laporan tahunan 2018.
Peranan yang dimainkan oleh pihak MKAKB dalam menyediakan
perkhidmatan makmal, memantau kualiti perkhidmatan makmal
di klinik kesihatan, di memperkukuhkan sistem surveilan penyakit dan pengawasan
epidemiologi serta meningkatkan kompetensi pegawai merupakan langkah ke arah
transformasi sistem kesihatan yang lebih menyeluruh dan berkualiti.
Penyediaan laporan ini adalah usaha pihak pengurusan MKAKB dalam merealisasikan
hasrat untuk menjadikan MKAKB sebuah makmal rujukan peringkat zon timur
(Kelantan dan Terengganu) selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Kesihatan
Malaysia. Maklumat yang terkandung di dalam laporan ini dapat menjadi sumber rujukan
kepada pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap dan cemerlang.
Adalah menjadi harapan saya, setiap warga kerja MKAKB dapat memberi komitmen yang
tinggi untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi piawaian serta kehendak
pelanggan.
“PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA
KERJA KITA”
DR. ABDUL HARIS BIN MUHAMMAD
TPKN (Kesihatan Awam)
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018 v