Page 65 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 65

2.6.4  Ujian Biokimia Klinikal



               Pada tahun 2018, sebanyak  10790 spesimen darah yang telah dianalisa. Sebanyak 9962
               adalah spesimen diagnostik yang  melibatkan  75717  ujian  berbanding  1962  spesimen
               pada  tahun  2017.    Manakala    sebanyak    828    adalah    spesimen    darah    surveilan

               (Cholinesterase  Iodine).  Peningkatan  yang  amat  ketara  ini  berlaku  disebabkan  oleh
               keputusan  Mesyuarat  Penyelarasan  Ujian  Biokimia  Negeri  Kelantan  supaya  MKAKB
               menerima  sampel-sampel  dari  beberapa  Klinik  Kesihatan  yang  mempunyai  beban  kerja

               terlalu tinggi dan di luar kemampuan mereka mengikut zon.

               2.6.5  Program Kawalan Kualiti Luaran (EQA) Makmal Biokimia



               Pada  tahun  2018  Makmal  Biokimia  telah  menyertai  program  EQAS-Biorad  sebanyak  12
               sampel yang melibatkan 20 jenis parameter. Purata pencapaian ialah 95% melebihi sasaran

               yang ditetapkan iaitu 80%.

               2.6.7  Kursus Anjuran Biokimia



               Makmal Biokimia telah menganjurkan dua sesi Bengkel Pemantapan QC bagi tahun 2018
               yang  melibatkan  60  orang  Juruteknologi  Makmal  Perubatan  (JTMP)  dari  negeri  Kelantan,
               Pahang dan Terengganu.


               2.7 MS ISO 15189:2014


               MKAKB dalam usaha mendapatkan sijil akreditasi  MS ISO 15189:2014 pada tahun 2019.

               Pada tahun 2018, MKAKB telah berjaya dalam penyediaan dokumen, Adequacy Audit dan
               Pre Assessment Audit. Manakala audit persijilan akan dijalankan bulan April 2019.


                               Jadual 34 : Jawatankuasa Teras MS ISO 15189:2014


                 Pengurus Kualiti                              Pn. Shabihah Binti Lazin

                 Timbalan Pengurus Kualiti                     Pn. Aliyaisma Binti Ariffin

                 Pengawal Dokumen                              En. Ahmad Farid Bin Adnan
                 Timbalan Pengawal Dokumen                     Cik Norhaslini Binti Hashim

                 Koordinator Internal Audit                    Pn. Ros Azeana Binti Ab. Aziz

                 Timbalan Koordinator Internal Audit           Cik Syahida Binti Omar















          52  LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70