Page 68 - Buku Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu 2018 Laporan Tahunan final (1)
P. 68

3.0  MAKMAL MAKANAN



               Seksyen Makanan MKAKB telah memulakan operasi sejak tahun 2011. Peranan Seksyen
               Makanan ialah menganalisa sampel makanan bagi memastikan keselamatan dan melindungi

               orang awam daripada bahaya makanan. Seksyen Makanan terbahagi kepada :

               1.  Makmal Mikrobiologi


                         i.   Unit Mikrobiologi

                         ii.   Unit Molekular

               2.  Makmal Kimia


                         i.   Unit Aditif, STD & Pelabelan

                         ii.   Unit Residu Racun Perosak

                        iii.   Unit Kontaminan Dan Pencemaran Semulajadi


               Pelanggan-pelanggan Seksyen Makanan terdiri daripada sepuluh (10)  Pejabat Kesihatan
               Daerah  seluruh  Negeri  Kelantan, Pintu  Masuk/Pelabuhan Negeri  Kelantan dan  Jabatan
               Kesihatan Negeri Terengganu. Seksyen Makanan turut menerima sampel subkontrak seperti

               analisis residu racun perosak (pesticide) daripada Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan
               (MKKM) Kelantan.


               Pendaftaran Juruanalisis Makanan  merupakan  keperluan  yang  diperuntukkan dalam Akta
               Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013. Seramai
               dua  orang  Pegawai  Teknologi Makanan  telah  diluluskan sebagai Juruanalisis Makanan

               Berdaftar dan Approved Signatories di bawah SAMM MS ISO/IEC 17025:2005.

               3.1  Makmal Mikrobiologi



               3.1.1  Unit Mikrobiologi Makanan


               Unit Mikrobiologi Makanan menjalankan aktiviti penganalisaan bagi sampel penyakit bawaan

               air dan makanan  terutama  keracunan makanan  dan  typhoid,  arahan semasa krisis  dan
               pemantauan negeri seperti Projek Pemantauan Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar

               (BAKAS). Pada tahun 2018, sebanyak 765 sampel yang merangkumi 2845 parameter telah
               dianalisis. Sebanyak 98% daripada sampel adalah dari sampel kes dan wabak. Laboratory
               Turn Around Time (LTAT) Unit Mikrobiologi Makanan adalah 7 hari. Pencapaian LTAT tahun

               2018 ialah 100%.

               Kaedah  –  kaedah analisis dan  senarai parameter  yang  ditawarkan oleh  Unit Mikrobiologi
               Makanan adalah seperti di Jadual 35.




                                                                                LAPORAN TAHUNAN MKAKB 2018 55
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73