Page 14 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 14
Objektif Am
MKAKB berperanan menyediakan perkhidmatan makmal sebagai sebahagian daripada
komponen pengawasan dan pemantauan penyakit serta pengawasan kualiti dan keselamatan
makanan. MKAKB juga menuju kearah menjadi makmal rujukan bagi seluruh Negeri Kelantan
selaras dengan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif Khusus
• Menyediakan perkhidmatan makmal bagi penganalisaan kepada aktiviti-aktiviti di
bawah Program Kesihatan Awam
• Memantau kualiti perkhidmatan makmal di pusat mikroskopik terutama di klinik
kesihatan
• Memperkukuh sistem survelan terutama bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit
di negeri Kelantan.
• Menyediakan pengawasan epidemiologi untuk membantu Program Kesihatan Awam
di peringkat Kebangsaan, Zon , Negeri dan Daerah.
• Meningkatkan kompetensi pegawai dalam membuat ujian makmal
Aktiviti Utama Yang Dijalankan Oleh MKAKB
• Ujian makmal untuk diagnostik dan pemantauan
• Pemantauan ujian makmal yang dijalankan di klinik kesihatan (EQA dan QA)
• Lawatan penyeliaan aktiviti yang dijalankan oleh makmal di klinik kesihatan
• Latihan untuk anggota makmal di klinik kesihatan peringkat Negeri dan Zon Timur
12