Page 34 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 34
2.0 Pengenalan
Seksyen Penyakit MKAKB terdiri dari enam (6) makmal iaitu Makmal Bakteriologi, Makmal
Molekular, Makmal Immunologi/Serologi, Makmal Biokimia, Makmal Mikobakteriologi dan
Makmal Parasitologi. Skop perkhidmatan yang dijalankan ialah penyiasatan ujian makmal,
penyiasatan kontek, survelan dan wabak serta pelbagai program kawalan penyakit berjangkit
dan tidak berjangkit yang melibatkan kesihatan awam diperingkat negeri dan kebangsaan.
Spesimen yang di terima adalah dari klinik-klinik kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah dan
Hospital-hospital di negeri Kelantan serta terdapat beberapa ujian yang melibatkan negeri
Terengganu. Sebanyak 95,437 spesimen telah diterima di MKA KB pada tahun 2019.
Seksyen Penyakit juga menyedia dan memantau Program kualiti Panel Testing (PT) TB dan
PT Malaria. Program kualiti PT-TB melibatkan semua Pusat Mikroskopik Negeri Kelantan dan
Terengganu manakala bagi program kualiti PT-Malaria melibatkan Pusat Mikroskopik di
Kelantan.
Semakan semula (rechecking) slaid AFB dan BFMP turut dijalankan yang melibatkan semua
Pusat Mikroskopik di negeri Kelantan.
29