Page 35 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 35
2.1 Makmal Bakteriologi
2.1.1 Skop Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Makmal Bakteriologi bertanggungjawab dalam menjalankan analisis pengenalpastian
patogen penyebab penyakit berjangkit daripada jangkitan bakteria melalui kaedah Gold
Standard iaitu ujian kultur dan sensitiviti. Ujian-ujian yang dijalankan di Makmal Bakteriologi
adalah seperti berikut :
1. Ujian Kultur dan Sensitiviti Antibiotik bagi sampel urin, kahak, high /low vaginal swab
(HVS /LVS), stool (najis), pus /swab, swab dari mata dan telinga.
2. Ujian Pengesahan Leptospirosis (MAT)
3. Ujian Leptospirosis (sampel persekitaran)
4. Ujian Melioidosis (sampel persekitaran)
5. Menyediakan perkhidmatan latihan attachment berkaitan ujian bakteriologi kepada
anggota dari klinik-klinik Kesihatan di negeri Kelantan
Bagi tahun 2019 sebanyak 28917 sampel diterima iaitu peningkatan sebanyak 0.5% dari
tahun 2018. Manakala penolakan sampel ialah sebanyak 493 kes iaitu 1.7% daripada jumlah
sampel yang diterima.
30