Page 6 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 6
PENGARAH JKNK
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anggota
MKAKB yang berupaya menghasilkan buku laporan tahunan 2019. Bagi pihak
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), saya amat menghargai dan
berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi penggerak dalam
menyediakan laporan ini.
Laporan tahunan ini mengandungi pencapaian aktiviti dan
Perkhidmatan analisa yang dijalankan di MKAKB khususnya pada tahun 2019. Saya berharap
maklumat yang terkandung di dalam laporan ini akan dijadikan rujukan oleh semua stakeholder.
Saya yakin, pihak pengurusan MKAKB berusaha dalam menjayakan halatuju perkhidmatan kesihatan
yang terancang sebagai usaha untuk meningkatkan nilai perkhidmatan MKAKB agar menjadi lebih
berkualiti, responsif serta mampan kepada keperluan stakeholder yang lain.
Saya berharap pihak MKAKB dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang erat serta rangkaian kerja
yang mantap dengan pelanggan-pelanggan dan pihak-pihak yang berkaitan dalam menghasilkan
sebuah organisasi yang cemerlang, berprestasi dan berintegriti tinggi.
“PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA
KITA”
Dato’ Dr Zaini Bin Husin
Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
5