Page 7 - Laporan MKAKB 2019 flip
P. 7

TIMB PENGARAH





                                                  RAH JKNK






                                   Salam sejahtera,

                                   Syabas  dan  tahniah  diucapkan  kepada  seluruh  warga  Makmal  Kesihatan
                                   Awam Kota Bharu (MKAKB) yang telah terlibat secara langsung atau tidak
                                   dalam menggembleng tenaga menyediakan laporan tahunan 2019.


                                   Peranan  yang  dimainkan  oleh  pihak  MKAKB  dalam  menyediakan
                                   perkhidmatan makmal,  memantau kualiti perkhidmatan makmal di klinik

              kesihatan,  memperkukuhkan  sistem  survelan  penyakit  dan  pengawasan  epidemiologi  serta


              meningkatkan  kompetensi  pegawai  merupakan  langkah  ke  arah  transformasi  sistem  kesihatan
              yang lebih menyeluruh dan berkualiti.

              Penyediaan  laporan  ini  adalah  usaha  pihak  pengurusan  MKAKB  dalam  merealisasikan  hasrat
              untuk menjadikan MKAKB sebuah makmal rujukan peringkat zon timur (Kelantan dan Terengganu)

              selaras  dengan  Visi  dan  Misi  Kementerian  Kesihatan  Malaysia.  Maklumat  yang  terkandung  di
              dalam laporan ini dapat menjadi sumber rujukan kepada pelanggan dalam memberi perkhidmatan

              yang cekap dan cemerlang.

              Adalah menjadi harapan saya, setiap warga kerja MKAKB dapat memberi komitmen yang tinggi
              untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi piawaian serta kehendak pelanggan.




              “PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA
              KITA”






              Dr Abdul Haris Bin Mohamad

              TPKN (Kesihatan Awam)
              Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan












                                                            6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12