Page 4 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 4

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN

                                             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

                                             Salam Sejahtera dan

                                             Salam Sehati Sejiwa,

                                             Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anggota
                                             MKAKB      yang    berupaya     menghasilkan     eBook    PANDUAN
                                             PERKHIDMATAN MKAKB 2018.          Bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri
                                             Kelantan  (JKNK),  saya  amat  menghargai  dan  berterima  kasih  kepada
                                             semua pihak yang menjadi penggerak dalam menerbitkan eBook ini.

               eBook  PANDUAN  PERKHIDMATAN  MKAKB  mengandungi  senarai  perkhidmatan  analisis  yang
               ditawarkan  di  MKAKB.    Saya  berharap  segala  penerangan  yang  terkandung  di  dalam  eBook  ini  akan
               dijadikan  rujukan  oleh  semua  stakeholder  dalam  menjalankan  tanggungjawab  dan  amanah  yang
               diberikan.

               Saya  yakin,  pihak  pengurusan  MKAKB  berusaha  dalam menjayakan  halatuju  perkhidmatan  kesihatan
               yang  terancang  sebagai  usaha  untuk  meningkatkan  nilai  perkhidmatan  MKAKB  agar  menjadi  lebih
               berkualiti, responsif serta mampan kepada keperluan stakeholder yang lain.

               Saya berharap pihak MKAKB dapat mewujudkan jalinan kerjasama yang erat serta rangkaian kerja yang
               mantap  dengan  pelanggan-pelanggan  dan  pihak-pihak  yang  berkaitan  dalam  menghasilkan  sebuah
               organisasi yang cemerlang, berprestasi dan berintegriti tinggi.


               “PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”





                Dato’ Dr. Haji. Ahmad Razin Bin Dato’ Haji Ahmad Mahir
                 Pengarah
                 Jabatan  Kesihatan  Negeri  Kelantan











            Buku Panduan MKAKB                                                                                 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9