Page 5 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 5

PERUTUSAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN

                                         Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

                                         Salam    sejahtera,   Salam   1Malaysia   dan    salam    sehati   sejiwa.

                                         Syabas  dan  tahniah  diucapkan  kepada  seluruh  warga  Makmal  Kesihatan
                                         Awam Kota Bharu (MKAKB) yang telah terlibat secara langsung atau tidak
                                         dalam     menggembleng      tenaga   menerbitkan     BUKU     PANDUAN
                                         PERKHIDMATAN MKAKB  ini.

               Peranan  yang  dimainkan  oleh  pihak  MKAKB  dalam  menyediakan  perkhidmatan  pengawasan  dan
               pemantauan penyakit serta pengawasan kualiti dan keselamatan makanan merupakan langkah ke arah
               transformasi sistem kesihatan yang lebih menyeluruh dan berkualiti.

                 Saya yakin, penerbitan buku ini adalah usaha pihak pengurusan MKAKB  dalam merealisasikan hasrat
               untuk menjadikan MKAKB sebuah makmal rujukan seluruh Zon Timur (Negeri Kelantan dan Terengganu)
              selaras dengan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
                Inisiatif yang terkandung di dalam buku ini mampu memberi impak yang tinggi terhadap penyampaian
               perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien. Selain itu, buku ini juga berperanan sebagai sumber rujukan
               yang cepat dan tepat kepada semua pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik
               serta melahirkan anggota yang berprestasi dan berintegriti tinggi dalam memikul tanggungjawab yang
               diamanahkan.


               Adalah menjadi harapan saya, setiap warga kerja MKAKB dapat memberi komitmen yang tinggi untuk
               memberi perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi piawaian serta kehendak pelanggan.

               “PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”







               Dr Junaidden Bin Mohamad Zain
               TPKN (Kesihatan Awam)
              Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan












            Buku Panduan MKAKB                                                                                 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10