Page 6 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 6

PERUTUSAN  PENGARAH  MAKMAL  KESIHATAN  AWAM  KOTA  BHARU

                                              Assalamualaikum       Warahmatullahi       Wabarakatuh       dan

                                                Salam  sejahtera,  Salam  1Malaysia  dan  salam  sehati  sejiwa,

                                              Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu (MKAKB) yang mula beroperasi
                                              pada tahun 2010 merupakan salah sebuah Makmal Kesihatan Awam
                                              yang dibina untuk memantapkan aktiviti survelan penyakit berjangkit,
                                              penyakit tidak berjangkit, siasatan wabak dan keselamatan makanan
                                              bagi  Zon  Timur  (Kelantan  dan  Terengganu)  selaras  dengan  visi
                                              Kementerian kesihatan Malaysia.

                                              MKAKB telah mendapat persijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2014.
                                              Seksyen Makanan MKAKB telah berjaya mendapat pensijilan Standard
                                              Malaysia  Ms  ISO  17025:2005  pada  tahun  2016  manakala  Seksyen
                                              Penyakit dalam proses mendapatkan pensijilan Standard Malaysia MS
                                              ISO 15189: 2014.


                Ini merupakan langkah berterusan dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti

                kepada pelanggan.Kami juga komited dalam membangunkan kaedah analisis baru untuk memastikan

                perkhidmatan yang disediakan adalah selaras dengan keperluan pelanggan serta menyokong objektif

                Program  Kesihatan  Awam.  Selain  daripada  itu,  MKAKB  juga  menyediakan  latihan  teknikal  serta

                perundingan  kepada  pelanggan  di  negeri  Kelantan  dan  Terengganu.  Keutamaan  adalah  latihan

                makmal Tibi dan malaria.

                eBook  PANDUAN  PERKHIDMATAN  MKAKB             adalah  buku  panduan  perkhidmatan  pertama  yang
                dihasilkan oleh MKAKB. Tujuan buku ini diterbi  tkan ialah bagi menyediakan panduan menyeluruh
                berkaitan  perkhidmatan    yang  ditawarkan,  ujian-ujian  yang  dijalankan  termasuk  kaedah
                pembungkusan dan pengangkutan spesimen.  eBook Panduan  MKAKB  ini adalah hasil semakan dan
                kemaskini List of Test MKAKB yang telah diedarkan kepada pelanggan pada tahun 2011.

                Saya amat berharap segala input yang terkandung di dalam buku ini akan dijadikan sumber rujukan
                oleh semua pelanggan yang berurusan dengan kami. Terima kasih.

                “PENYAYANG, PROFESIONALISMA DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA”






                Dr. Hani Binti Mat Hussin
                Pakar Kesihatan Awam,

                Pengarah Makmal Kesihatan Awam  Kota Bharu




            Buku Panduan MKAKB                                                                                 6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11