Page 95 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 95

GARIS PANDUAN AM


                   LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

                       i)  Semua pungutan spesimen hendaklah dibuat dengan memakai lab coat dan
                           gloves.  Jika perlu, mask dan goggles hendaklah dipakai.
                       ii)  Semua bekas spesimen mestilah leakproof  (kedap) dan diletakkan di dalam
                           plastik yang boleh di sealed.
                       iii)  Jangan  hantar  syringe  dan  jarum  yang  tidak  bertutup  ke  makmal.    Cara
                           penghantaran  spesimen  di  dalam  syringe  adalah  dengan  memasukkan  isi
                           kandungan syringe ke dalam bekas steril atau menutup semula jarum dengan
                           mengunakan forcep atau mencabut jarum dan menutupnya dengan penutup
                           lain.

                    PEMILIHAN DAN PUNGUTAN

                      i)   Spesimen mestilah  dipungut  di  tempat  yang mana  terdapat  proses  infeksi.
                           Cuba  elakkan  dari  mengambil  normal  flora  dari  kulit  dan  rongga-  rongga
                           mukosa.

                     ii)   Semua  spesimen  hendaklah  dihantar  segera  ke  makmal  sebaik-baiknya
                           dalam masa 2 jam dari masa pengambilan.  Jika terdapat sesuatu sebab yang
                           tidak dapat dielakkan maka simpan spesimen mengikut suhu ditetapkan.
                     iii)   Spesimen  yang  dipungut  mestilah  mencukupi.    Spesimen    yang  sedikit
                           mungkin menyebabkan false negatif atau penumbuhan yang lambat kerana
                           telah  tercair  dengan  transport  media  atau  bahagian  yang  terpalit  tidak
                           mengenai media kultur.

                     iv)   Bagi  spesimen  anaerob,  spesimen  mestilah  banyak,  sekurang-kurangnya  1
                           ml. Swab adalah tidak sesuai kerana permukaan yang terkena oksigen dari
                           udara akan menyebabkan kuman anaerobic mati.  Jika terdapat kelewatan
                           simpan di dalam bekas anaerobic dalam suhu bilik (bagi makmal di hospital
                           daerah yang tiada kemudahan kultur).
                     v)    Sesetengah bakteria terlalu sensitif dengan keadaan sekitar dan suhu seperti
                           Shigella, N. meningitidis, N. gonorrhoea dan H. influenzae.   Jika bakteria ini
                           dikhuatiri  berada  di  dalam  spesimen,    jangan  letakkan  spesimen  di  dalam
                           peti sejuk.

                     vi)   Spesimen mestilah diletakkan di dalam bekas atau ‘transport medium’ yang
                           sesuai  dan  pada  tahap  suhu  yang sesuai  agar  bakteria  tidak mati  sebelum
                           sampai ke makmal.
                    vii)   Spesimen  hendaklah  diambil  sebelum  memulakan  rawatan  antibiotik.
                           Sekiranya  antibiotik  telah  diberikan,  ia  hendaklah  dinyatakan  di  dalam
                           borang permintaan.

                   viii)   Spesimen yang dipungut dan borang permintaan hendaklah dilabel dengan
                           lengkap. Nyatakan jenis spesimen, di bahagian tubuh yang mana spesimen
                           diambil,  tarikh  dan  waktu  pengambilan  spesimen  beserta  ulasan  klinikal
                           pesakit.








            Buku Panduan MKAKB                                                                          60
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100