Page 99 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 99
BIL SPESIMEN MEDIA/BEKAS ARAHAN/ KOMEN
SPESIMEN
9 Nanah (Pus) Bekas steril Masukkan nanah ke dalam bekas steril. Sekiranya
sedikit sahaja nanah, gunakan steril swab.
Letakkan swab ke dalam Amies Transport Medium
dengan/tanpa charcoal atau stuart transport
medium.
Hantar segera ke makmal.
10 Kahak Botol steril i) Berikan kepada pesakit bekas spesimen yang
kering, bersih,’leak-proof’(tidak bocor) dan
mempunyai bukaan mulut yang luas agar
senang untuk pesakit mengambil spesimen
kahak.
ii) Spesimen hendaklah diambil di waktu pagi.
iii) Minta pesakit batuk sedalam-dalamnya (deeply
cough) agar kahak dapat dikeluarkan sebanyak
mungkin. Jangan meludah. Pastikan sampel
yang diambil adalah kahak, bukannya air liur.
iv) Bagi kes yang disyaki TB, minta pesakit batuk
untuk mengeluarkan kahak di tempat yang
lapang dan menerima pancaran matahari yang
secukupnya. (Ini kerana bakteria
Mycobacterium tuberculosis tidak tahan haba
panas matahari dan dengan ini sebaran melalui
‘air droplet’ dapat dikurangkan).
v) Pastikan bekas spesimen ditutup dengan betul-
betul ketat untuk mengelak daripada
tumpahan. Labelkan bekas spesimen dengan
nama pesakit, nombor kad pengenalan,
wad/klinik , umur dan tarikh pengambilan
spesimen.
vi) Hantar spesimen secepat mungkin agar pihak
makmal dapat memproses spesimen dengan
segera dan kadar kontaminasi dapat
dikurangkan.
11 Air kencing Bekas sterile i) Berikan kepada pesakit bekas spesimen yang
bertutup steril, kering, ’leak-proof’(tidak bocor) dan
mempunyai bukaan mulut yang luas agar
senang untuk dimasukkan spesimen urin.
ii) Spesimen urin seboleh-bolehnya diambil di
waktu pagi selepas pesakit bangun dari tidur
(kerana pada waktu ini, kepekatan urin adalah
tinggi dan sesuai untuk dilakukan ujian
makmal)
iii) Bagi pesakit perempuan: Cuci bahagian di
sekeliling bahagian vagina (tempat bukaan
untuk air kencing keluar) dengan air paip yang
mengalir. Keringkan kawasan tersebut, ambil
air kencing dengan bahagian labia dibukakan
sedikit. Pungut pada aliran pertengahan ‘Mid
stream urine’
Bagi pesakit lelaki: Cuci penis dengan sabun
dan bilas dengan air. Pungut aliran tengah
(mid- stream urine)
iv) Ambil sebanyak 20ml urin yang dipertengahan
(mid-stream urine) sehingga habis.
Buku Panduan MKAKB 64