Page 100 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 100
BIL SPESIMEN MEDIA/BEKAS ARAHAN/ KOMEN
SPESIMEN
v) Pastikan bekas spesimen ditutup dengan
betul-betul ketat untuk mengelak daripada
tumpahan. Labelkan bekas spesimen dengan
nama pesakit, nombor kad pengenalan,
wad/klinik , umur dan tarikh pengambilan
spesimen
vi) Spesimen urin hendaklah dihantar secepat
mungkin agar pihak makmal dapat
memproses spesimen dengan segera dan
kadar kontaminasi dapat dikurangkan. Dengan
itu keputusan yang ‘reliable’ dapat diperolehi
NOTA: Sekiranya sampel urin tidak dapat dihantar
ke makmal secepat mungkin, urin boleh
dimasukkan ke dalam peti sejuk (4°C) tetapi tidak
boleh melebihi 48 jam selepas pemgambilan
spesimen. Sekiranya asid borik ada,masukkan asid
borik sebanyak 0.1g / 10ml urin dan spesimen yang
mengandungi asid borik tidak perlu dimasukkan ke
dalam peti sejuk.
12 Najis Cary Blair (Untuk i) Berikan kepada pesakit bekas spesimen yang
Rectal Swab) kering, bersih ’leak-proof’(tidak bocor) dan
mempunyai bukaan mulut yang luas agar
Selenite F Broth senang untuk dimasukkan spesimen najis.
(jika di syaki ii) Minta pesakit mengambil sedikit sampel najis
Salmonella dan (seboleh-bolehnya bahagian yang bermukus
Shigella) atau berdarah jika ada) dengan kayu (stick)
yang diberikan. Bagi kes yang disyaki ada
jangkitan cacing, asingkan sedikit najis ke
Alkaline.Peptone dalam bekas yang lain untuk dibuat pengenal
Water (jika pastian.
disyaki Vibrio iii) Minta pesakit mengambil spesimen seelok-
cholera)
eloknya tidak bercampur dengan air kencing
agar kontaminasi dapat dikurangkan.
iv) Untuk kes spesimen najis tidak dapat dipungut,
spesimen ‘rectal swab’ perlu diambil iaitu
dengan memasukkan swab kapas ke saluran
rektum untuk selama 10 saat. Pastikan
spesimen rectal ini tidak dicemari dengan
bakteria dari permukaan kulit anal. Rectal swab
ini perlu dimasukkan ke dalam bekas ‘Cary
Blair’.
v) Pastikan bekas spesimen ditutup dengan betul-
betul ketat untuk mengelak daripada
tumpahan. Labelkan bekas spesimen dengan
nama pesakit, nombor kad pengenalan, wad /
klinik, umur dan tarikh pengambilan spesimen.
Jangan diisi terlampau banyak najis ke dalam
botol (maksimum 2/3 daripada bekas).
vi) Hantar spesimen secepat mungkin agar pihak
makmal dapat memproses spesimen dengan
segera dan kadar kontaminasi dapat
dikurangkan.
13 Blood Culture & Bone Myco F Lytic i) Masukkan 5-10 ml darah ke dalam bekas Myco
Marrow Aspirate bottle F Lytic menggunakan teknik aseptik.
untuk TB
Buku Panduan MKAKB 65