Page 15 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 15

POLISI OPERASI UMUM




                   1.  SKOP PERKHIDMATAN

                       Makmal ini dibangunkan  sebagai makmal rujukan  dan pusat latihan  bagi  aktiviti makmal
                       penyakit  dan  makanan    peringkat    zon  timur  di  samping  menjalankan  perkhidmatan
                       analitikal  dan  diagnostik  bagi  menyokong  aktiviti  survelan  penyakit  berjangkit,  penyakit
                       tidak berjangkit, siasatan wabak dan keselamatan makanan.

                       Dua seksyen utama Makmal Kesihatan Awam ialah seksyen Penyakit dan seksyen Makanan.
                       Seksyen Penyakit terdiri dari beberapa makmal iaitu:
                                       Makmal Mikobakteriologi
                                       Makmal Parasitologi
                                       Makmal Bakteriologi
                                       Makmal Serologi
                                       Makmal Biokimia
                                       Makmal Molekular

                       Seksyen  Makanan  terdiri  dari  2  makmal  iaitu  makmal  analisis  Kimia  dan  makmal
                       Mikrobiologi.


                   2. WAKTU OPERASI

                       a. Waktu Pejabat
                          Ahad – Rabu                        :      7.30  pagi – 6.00  petang
                          Khamis                             :      7.30  pagi - 4.30  petang

                       b.  Jumaat, Sabtu dan Kelepasan Am    :      12.00  tengahari  -  2.00  petang  untuk
                          makmal  Bakteriologi  dan  seksyen  Makanan  sahaja.  Walau  bagaimanapun  terdapat
                          pegawai bertugas atas panggilan untuk menerima dan menjalankan permohonan ujian
                          SEGERA yang melibatkan lain-lain unit.

                          Semua  sampel  /  spesimen  mesti  dihantar  dan  diterima  oleh  MKAKB  dalam  waktu
                          operasi biasa kecuali sampel / spesimen wabak.


                       c.  Perkhidmatan Semasa Wabak

                          MKAKB menyediakan perkhidmatan 24 jam semasa wabak sahaja. Perlu menghubungi
                          pegawai bertugas atas panggilan sebelum penghantaran sampel / spesimen.







            Buku Panduan MKAKB                                                                             14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20