Page 16 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 16

3. BORANG PERMOHONAN UJIAN


                       a.   Pemohon   mesti menggunakan   borang  permohonan  ujian yang   telah    ditetapkan.
                       b.   Semua  borang  permohonan  mestilah  diisi  dengan  maklumat  lengkap  dan
                            ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa.
                       c.   Sampel / spesimen wabak mestilah dinyatakan pada borang permohonan.


                   4. PROSEDUR AM BAGI PENGHANTARAN SPESIMEN


                       Ketepatan  semua  analisis  makmal  adalah  bergantung  kepada  kualiti  dan  kesesuaian
                       spesimen.  Kaedah  yang  digunakan  untuk  pengambilan  dan  penghantaran  spesimen  boleh
                       mempengaruhi hasil keputusan ujian.


                       Spesimen  yang  sesuai  hendaklah  disertakan  borang  permintaan  ujian  dengan  maklumat
                       yang lengkap iaitu:

                       a.   Nama  pesakit,  nombor  kad  pengenalan  /  surat  beranak  /  passport  /  nombor
                            pendaftaran, tarikh lahir / umur dan jantina.
                       b.   Wad / klinik dan cop rasmi hospital / klinik.
                       c.   Ringkasan klinikal yang relevan dan ubat-ubatan yang diberikan.
                       d.   Jenis spesimen.
                       e.   Provisional Diagnosis.
                       f.   Jenis ujian.
                       g.   Nama pemohon, tandatangan dan cop rasmi.
                       h.   Tarikh dan masa spesimen diambil.
                       i.   Nama pengambil spesimen.
                       j.   Tarikh spesimen dihantar.
                       k.   Lain-lain keputusan makmal jika berkaitan.



                   5. PROSEDUR AM PENGAMBILAN SPESIMEN

                       a.   Gunakan bekas yang betul untuk pengambilan dan penghantaran spesimen untuk ujian
                            yang diperlukan.
                       b.   Identifikasi spesimen mestilah jelas. Label mesti lengkap dengan nama pesakit, nombor
                            kad pengenalan / nombor pendaftaran / lain-lain pengenalan,jenis spesimen dan nama
                            ujian yang dipohon.
                       c.   Maklumat pesakit pada borang mestilah sama dengan maklumat pada label spesimen.
                            Ujian  tidak  akan  dijalankan  bagi  mana  mana  spesimen  yang  maklumat  pada  borang
                            tidak sepadan dengan maklumat di label spesimen.
                       d.   Jika  pesakit  (atau  ahli  keluarga)  perlu  mengambil  sendiri  spesimen,  pastikan  bekas
                            telah  dilabel  dengan  lengkap  terlebih  dahulu.  Arahkan  pesakit  untuk  mengambil
                            spesimen dengan kaedah pengambilan yang betul.




            Buku Panduan MKAKB                                                                             15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21