Page 17 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 17
e. Hantar spesimen dalam bekas dan kaedah pengangkutan yang sesuai.
** Nota: Pembungkusan spesimen biologi dan / atau ejen berjangkit mesti mematuhi
peraturan-peraturan yang mengawal pengangkutan spesimen perubatan. Sila rujuk
Standard Operating Procedure for Transport of Biological Specimens in Malaysia,
2012.
6. KRITERIA PENOLAKAN SPESIMEN
A. SEKSYEN PENYAKIT
a) Tiada borang permohonan.
b) Salah borang.
c) Maklumat pesakit tidak lengkap (nama / nombor kad pengenalan).
d) Tidak dinyatakan ujian yang dipohon.
e) Tarikh atau masa pengambilan spesimen tidak dicatatkan.
f) Ringkasan klinikal tidak dicatatkan.
g) Tiada spesimen.
h) Tiada maklumat pesakit / tiada label pada spesimen.
i) Maklumat spesimen tidak sama dengan borang.
j) Spesimen lama / tidak fresh (perlu spesimen baru untuk proses analisa).
k) Spesimen tumpah / bekas spesimen bocor / pecah.
l) Isipadu spesimen tidak mencukupi untuk dianalisa.
m) Spesimen tidak sesuai untuk dianalisa.
n) Spesimen dihantar dalam bekas yang salah.
o) Ujian tidak ditawarkan.
p) Suhu dan kaedah penghantaran spesimen tidak sesuai.
.
B. SEKSYEN MAKANAN
a) Tiada nama sampel, nombor rujukan sampel dan parameter yang diminta.
b) Tarikh dan masa sampel diambil tidak dinyatakan.
c) Tiada sampel rujukan bersuhu 0-4°C serta jangka suhu dan kiub ais tidak
mencukupi.
d) Borang A tidak disertakan.
e) Sampel bersentuhan sesama sendiri dan bersentuhan dinding kotak penyejuk
(ice box), ada ‘hot spot’ dan sampel tidak diliputi ais sepenuhnya.
f) Berlaku kebocoran pada pembungkusan sampel dan tidak dilabel pada
pembungkusan sampel (whirlpack).
g) Sampel tidak dilakri.
h) Berat sampel tidak mencukupi (pengecualian bagi sampel wabak atau keracunan
makanan).
Buku Panduan MKAKB 16