Page 102 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 102

ii.   Spesimen tanah mesti diambil dalam kawasan 15 – 20 cm x 4 – 8cm selepas semua

                           bahan asing pada permukaan tanah dibuang. Kuantiti tanah yang diperlukan adalah
                           sebanyak 200g. Rekod suhu dan pH di dalam borang permohonan.
                     iii.   Spesimen tanah mesti dihantar ke MKAKB dalam tempoh 48 jam pada suhu
                           persekitaran.

                   Nota:  Sila maklumkan kepada makmal  sekurang-kurangnya 3 hari sebelum menghantar
                          spesimen.

                   c.  Spesimen  air untuk Legionella

                     i.   Pungut air dari ‘cooling tower’ atau lain-lain sumber air.
                     ii.   Ambil  sampel  air  sebelum  air  dimasukkan  ‘biocide’.  Sekiranya  sumber  air  telah
                          dimasukkan ‘biocide’,persampelan dilakukan sekurang-kurangnya selepas 3 hari.

                     iii.  Pastikan sistem beroperasi dan air berkitar melalui sistem sekurang-kurangnya satu
                          jam sebelum pungutan spesimen.

                     iv.  Jangan pungut spesimen air berdekatan dengan punca air masuk.
                     v.   Ambil 1000 ml dalam bekas steril.
                     vi.  Hantar ke MKAKB dalam tempoh 24 jam selepas pungutan pada suhu 4°C - 8°C.


                   d.  Spesimen  air untuk Burkholderia pseudomallei

                     i.   Pungut  100ml  air  bertakung  (dari  kawasan  yang  disyaki)  dan  masukkan  ke  dalam
                          bekas steril bertutup.

                     ii.   Label dengan lengkap dan rekodkan kawasan persampelan.
                     iii.  Masukkan ke dalam bekas ( tidak perlu ais).

                     iv.  Lengkapkan borang permohonan ujian dan hantar ke MKAKB dalam tempoh 48 jam.

                   e.  Spesimen  tanah untuk Burkholderia pseudomallei


                     i.   Peralatan Personal Protective Equipment (PPE) seperti sarung tangan, kasut dan mask
                          mesti digunakan semasa pergambilan spesimen.
                     ii.   Alat  yang  digunakan  untuk  mengambil  spesimen  mesti  dibasuh  bersih  –  basuh
                          dengan air bersih, buang segala kekotoran, sembur dengan 70% alkohol dan biarkan
                          kering sebelum guna.
                     iii.  Pungut 100g spesimen tanah pada kedalaman 30 cm (semasa musim kemarau) atau
                          permukaan tanah (semasa musim hujan).
                     iv.  Ambil dua sampel (duplicate) untuk setiap kawasan.
                     v.   Masukkan ke dalam plastik steril berzip.
                     vi.  Label dan rekodkan kawasan persampelan.
                     vii.  Masukkan ke dalam bekas ( tidak perlu ais).
                     viii.  Lengkapkan borang permohonan ujian dan hantar ke MKAKB dalam tempoh 48 jam.











            Buku Panduan MKAKB                                                                          67
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107