Page 101 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 101

BIL        SPESIMEN          MEDIA/BEKAS                   ARAHAN/ KOMEN
                                                SPESIMEN

                                                              ii)  Hantar  segera  spesimen  ke  makmal  hospital,
                                                                  eram pada 37º C sekiranya terdapat kelewatan
                                                                  dalam penghantaran. Jangan simpan ke dalam
                                                                  peti sejuk
                                                              iii)  Untuk  bone  marrow  aspirate  –  masukkan  1-2
                                                                  ml ke dalam botol
                                                              iv)  Makmal  hospital  akan  menghantar  kultur
                                                                  positif sahaja ke MKAKB

                2.  SPESIMEN PERSEKITARAN

                     a. Spesimen  air  leptospira


                     i.    Pilih kawasan persampelan  yang sesuai
                                   a)  Air di kawasan teduh.
                                   b)  Air di kawasan yang disyaki ada kehadiran haiwan.
                                   c)  Air kawasan celahan / rekahan batu.
                                   d)  Ambil sampel satu kaki di bawah permukaan air.

                     ii.   Buat lakaran kawasan persampelan.
                     iii.   Label  kawasan  persampelan  di  dalam  ruangan  yang  berkaitan  di  dalam  borang
                           permohonan.
                     iv.   Buat  analisa  lapangan  (in-situ)  suhu,  pH,  ‘turbidity’,  ‘clarity’  dan  warna.  Rekodkan
                           dalam borang permohonan.
                     v.    Tuang    70%  alkohol  ke  dalam  baldi  (permukaan  dalam),  nyalakan  api  dan  biarkan
                           terbakar (untuk disinfeksi).
                     vi.   Tuang 70% alkohol ke dalam tray / bekas yang lebih besar. Masukkan baldi untuk
                           pungutan  spesimen  ke  dalam  tray  dan  ‘grilled’  bahagian  permukaan  luar  untuk
                           membasmi kuman pada permukaan luar.
                     vii.  Bilas baldi dengan air dari sungai / tasik  / perigi / kolam kawasan persampelan.
                     viii.  Masukkan  baldi  ke  dalam  sungai  /  tasik  /  perigi  /  kolam  dan  pastikan  tali  tidak
                           bersentuhan dengan baldi. Angkat baldi dengan berhati-hati bila penuh.
                     ix.    Masukkan air ke dalam 500 ml bekas steril, label dan masukkan ke dalam ‘cool box’
                           dan susun secara vertical.
                     x.    Lengkapkan  borang  permohonan  dan  hantar  spesimen  dalam  tempoh  48  jam  ke
                           MKAKB  pada suhu persekitaran.
                     xi.   Basuh  baldi  dengan  air  bersih  (air  paip  atau  air  suling).  Ulangi  prosedur  di  atas
                           untuk persampelan di kawasan lain.

                   b. Spesimen  tanah untuk Leptospira

                   Jarak persampelan kurang dari 5 meter dari kawasan sungai / kolam / tasik.

                   Nota: Buat lakaran kawasan persampelan di dalam borang permohonan ujian

                     i.    Persampelan  tanah  mesti  dilakukan  di  waktu  pagi.  Kawasan  persampelan  yang
                           sesuai adalah:
                                   a)   Tanah di kawasan lembab.
                                   b)   Tanah di kawasan teduh.
                                   c)   Tanah di kawasan yang disyaki ada haiwan.


            Buku Panduan MKAKB                                                                          66
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106