Page 103 - Buku Panduan Perkhidmatan MKAKB
P. 103
B. UJIAN BIOKIMIA
1. Panduan Pengambilan Spesimen Bagi Program Survelan Cholinesterase
a. Pre- exposure Baseline
i. Bagi mendapatkan pre-exposure baseline yang betul, anggota tersebut mestilah :
Anggota baru yang tiada pendedahan kepada racun organophosphate atau
carbamate.
Anggota yang telah direhatkan daripada apa-apa pendedahan kepada
racun organophosphate dan carbamate selama 30 hari.
ii. Minima 2 spesimen darah (3mL) hendaklah diambil dalam selang masa 3 hari
(minima) hingga 14 hari (maksima) dan dihantar segera ke MKAKB bagi ujian
penentuan baseline cholinesterase. Baseline akan ditentukan berdasarkan purata
bacaan kedua-dua spesimen tersebut.
iii. Sekiranya perbezaan bacaan 2 spesimen tersebut melebihi 20%, spesimen ketiga
perlu diambil dan baseline akan ditentukan berdasarkan perbezaan bacaan terdekat
bagi mana-mana 2 spesimen.
b. Working Baseline
i. Bagi mendapatkan working baseline, anggota yang sedang bertugas mestilah
direhatkan daripada pendedahan kepada racun organophosphate dan carbamate
bagi tempoh sekurang-kurangnya 14 hari.
ii. Cara pengambilan spesimen adalah seperti perenggan a (ii) –a (iii).
iii. Walaubagaimanpun, jika didapati working baseline berada di bawah julat normal,
disarankan supaya kaedah pre-exposure baseline diaplikasikan kepada anggota
tersebut. Tempoh rehat perlu dilanjutkan sehingga 30 hari dan pengambilan
spesimen sebagai mana perenggan a (ii) –a (iii).
c. Periodic Testing
i. Satu spesimen darah (3mL) diambil semasa anggota bertugas mengalami
pendedahan kepada organophosphate atau carbamate.
ii. Pengambilan spesimen tersebut mestilah dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas
pendedahan terakhir.
iii. Cadangan kekerapan bagi tujuan surveilan adalah sekali setahun. Walau
bagaimanapun, permohonan ujian cholinesterase bagi anggota yang disyaki
mengalami keracunan organophosphate atau carbamate boleh dibuat pada bila-bila
masa.
2. Ujian Rutin
i. Ambil darah dalam plain tube atau tiub yang mengandungi preservatives /
anticoagulant yang bersesuaian.
ii. Untuk serum – Biarkan darah membeku pada suhu bilik, kemudian empar. Hantar ke
makmal pada 2-8 °C dalam tempoh 4 jam.
iii. Untuk plasma – Empar darah dan hantar ke makmal dalam tempoh 4 jam pada suhu
2-8 °C.
iv. Jika lewat dalam tempoh masa 4-24 jam, asingkan serum / plasma dan pindahkan ke
dalam plain tube. Hantar spesimen pada 2-8 °C secepat mungkin.
Buku Panduan MKAKB 68